Friday, September 3, 2010

Ogos menyimpan seribu kenangan buat aku ,suami dan keluarga..

29/7/2010-Jumaat

Hari ini suami ku mc disebabkan demam..doktor hanya bagi paracetamol dan ubt tahan sakit,sbb suami ku sakit sendi....(selalu gak dia demam sakit badan mcm ni)


30/7/2010-Sabtu

Demam masih lagi kuat...aku buatkan sup ketam dan suruh dia minum air byk ,tapi takut nak bagi minum 100plus sbb dia diabetik patient..mlm dia ada mkn bubur nasi dan sup ketam...


1/8/2010-Ahad

Demam dah x panas,tapi kepala sakit sangat dan katanya mcm nak putus kepala..aku dah suspect mesti suami ku kena denggi..berdasarkan tanda-tandanya..kulit gatal dan keluar tanda2 merah...Petang tu aku bawa suami ku ke klinik dan doktor terus suruh refer ke Hospital Sungai Buluh suspect denggi berdarah....Pergi ke emergency ,test darah platelet 12..terus admitted..

aku terpaksa balik dlm pukul 10.30mlm sbb nak ambik ank2 kat umah baby sitter....

2/8/2010-Isnin

Husband dalam HDW ward...byk air di masukkan..aku tengok badannya dah mcm belon byk air...tapi yang paling x sanggup aku tengok bila nak kencing sakit sgt......Aku bawa sup ketam,air kiwi dan mcm2 untuk my husband..tapi dia adalah makan sikit je...mlm terpaksa balik sebab x dibenarkan tunggu...malam aku call tanya mcmana keadaan dia dan husband ku jawab sambil gelak dia terpaksa di masukkan ke dlm Icu...Ya Allah masa tu aku risau sangat.....

3/8/2010-selasa

Di sebabkan handphone x berangkat aku sgt risau..kul 7.30pagi aku dah sampai kat hospital walaupun waktu melawat 12.30tghari..ank2 aku hantar rumah jiran yang memahami....terus aku pergi ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui keadaan husband kesayangan ku...nasib baik penyambut tetamunya sorg yg baik hati..dia trus call nurse kat icu menanyakan keadaan suami ku...doktor benarkan aku melawat suami ku sekejap....selepas aku melawatnya sekejap...terasa air mata ni menitik melihat keadaan suami ku yang tengah suffer...selepas itu aku terus ke surau untuk membaca yasin dan membuat solat hajat...Dalam pukul 10pagi aku menerima satu panggilan talipon dari hospital dan mengatakan doktor ingin berbincang sesuatu dgn ku........Ya ALlah rasanya lemah longlai badan ku utk melangkah ke Icu berjumpa dgn doktor..


YA ALLAH ...besar sungguh ujian mu utk ku..doktor memberitahu bahawa keadaan suami kesayangan dalam keadaan kritikal kerana denggi shock syndrome itu telah menyerang organnya...aku hanya berserah pada mu Ya Allah masa tu...terbayang wajah ank2 ku....

dan aku dapat melihat wajah suami ku di dalam kekalutan nurse dan doktor2 lain sedang menolongnya...rasanya x sanggup menatap matanya yang tengah menderita dan aku amat2 mengasihaninya ..seandainya kesakitan mu dapat di kongsi ingin aku kongsi...doktor terus memberitahu ku bahawa mereka terpaksa intubatekan dia ataupun rehatkan otak dia supaya machine boleh memainkan peranan untuk mengawal organ2nya....setahu aku doktor juga memberitahu ku prosedur tu dijalankan dari suamiku koma sendiri disebabkan kuman2 denggi menyerang .....

Ya Allah kau selamatkan suami kesayangan ku....dengan berbekalkan semangat yang hampir tumbang aku terus menelefon familyku..Saat2 yang tidak dpt ku lupakan aku membawa kedua2 anak ku berjumpa dgn abah mereka sebelum di tidurkan dgn kebenaran doktor...Anak lelaki ku amat sedih kerana dia memahami keadaan abahnya,tapi yang kecil takut disebabkan wayar yang byk di badan abahnya..dan perkataan yang dapat di ucapkan adalah"sayang andai terjadi apa2 kat abg tolong jaga ank2 kita sebaik2 nya....."dan abg dah memaafkan ina "Ya Allah sesungguhnya aku tidak sanggup dan tidak kuat menempuh ujian ini........."selepas kami mengucup tangan dan pipinya aku meninggalkannya bersama doktor untuk menjalankan prosedur tersebut..........

Waktu melawat ramai keluarga dan kawan2 datg untuk melawat,tapi tidak dibenarkan kerana doktor tengah menjalankan prosedur.......terima kasih aku ucapkan kepada mereka kerana memberi semangat dan doa untuk suamiku berjuang melawan penyakit....

Ya Allah berdebar hati ku ketika melangkah masuk ke ward selepas di benarkan masuk..seluruh tubuhnya di penuhi wayar untuk memasukkan air,ubat dan darah...waktu ini suamiku dah di pakaikan mesin bantuan hayat...badannya dah dipenuhi air dan mengembang mcm belon.......

Aku x tahu di mana tempat yang sanggup ingin ku tatapi.....doktor dtg dan memberitahu keaadaannya....dan dia hanya mampu buat yang terbaik dan selebihnya kita memohon dari yang Maha Kuasa,kerana 2 organ nya telah di serang oleh kuman denggi..iaitu hati dan buah pinggangnya.........platelet suamiku makin jatuh sehingga 4.5,walaupun telah di tambah air dan darah.......

4/8/2010-Rabu

Keadaannya seperti semalam platelet naik dan turun...doktor tetap berusaha menyelamatkannya..Tapi aku percaya semua ini ujian Allah kepada ku dan kepadanya aku akan meminta bersungguh2...setiap masa aku akan memastikan surah yasin dan kalimah shahadat akan ku dengari ke telinga suami ku....seandainya masanya telah sampai biarlah dalam keadaan islam...seluruh keluarga ,jiran2 dan sahabat banyak menolong kami membaca yasin,solat hajat berdoa untuknya..berbekalkan dengan Firman Allah yang berbunyi "Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku,maka(beritahu kpd mereka)sesungguhnya Aku(Allah)sentiasa hampir (kepada mereka)Aku perkenankan permohonan org yg berdoa,apabila ia berdoa'kepada Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan ku(dgn mematuhi perintah Ku)dan hendaklah mereka beriman kpd Ku supaya mereka menjadi baik serta betul..(Surah Al-Baqarah ayat 186)

Allah telah mengatur segala kejadian dan dugaan ini...dan kepadanya aku meminta bersungguh2..Sesungguhnya ini adalah peringatan dan cubaan buat aku dan suami serta seluruh kaum keluarga sebagai pengajaran..kerana sakit,ajal, maut adalah ketentuan Illahi..kita sebagai hambanya sentiasa bersedia menghadapinya...

Didlm kekalutan ini aku menghadapi pelbagai cubaan,ada yang mengatakan suamiku tiada harapan untuk sembuh dan sesetengahnya mengatakan suami ku telah koma..tapi sememangnya itu adalah dugaan utk menguji kekuatan ku kepada Mu Ya Allah...sesungguhnya Engkau penentu segalanya.....

5/8/2010-Khamis

Alhamdullilah walaupun tidak byk perubahan tetapi platelet suami ku terus naik sampai 50,dan Doktor telah memasukkan Albumin untuk hati nya...dan plateletnya semakin naik....Byk darah dan air telah di masukkan...tetapi air diflushkan balik melalui air kencing..kerana denggi memang tiada ubat..dan caranya memasukkan air utk menghilangkan nya...Keadaan sama seperti semalam tiada respond( x sedar).....

6/8/2010-Jumaat...

Hari ini hari Lahir suami ku ..aku telah menyediakan hadiah buatnya dan aku membawa hadiah itu ke mana sahaja..sekiranya dia sedar akulah org yg pertama mengucapkanya....walaupun ramai yg tidak sanggup melihat dan mendengarnya..tapi aku tahu suami ku akan sedar tidak lama lagi...kerana doktor selalu memberitahu perkembangannya......Syukur sangat kerana platelet nya makin naik sehingga 100++...cuma hati dan buah pinggang ada sikit kerosakan...

7/8/2010-Sabtu...

Ya Allah kuasa Mu melebihi segalanya...doktor mengesahkan denggi suami ku dah pulih ..cuma tunggu keadaan suami ku dah stabil baru intubate /mesin bantuan baru boleh di cabut...Suamiku restless disebabkan sedatif,moffin dan bermcm ubat di masukkan..tangan nya terpaksa di ikat kerana bahaya di sebabkan keaadaan yg tidak sedarkan diri dia akan meracau utk mencabut segala wayar dan oksigen....wayar masih byk lagi....

8/8/2010-Ahad

Keadaan masih sama spt semalam..hari ini doktor suruh aku mengejutkannya dan bercakap dgn nya...kerana dia dpt dgr apa yg kita ckp ,ini di sebabkan ubat tidur sangat sikit di gunakan...Ada perubahan ,anggota bdn cuba bangun tapi matanya tidak dpt buka..cuma sikit sahaja dan renungan itu memberi seribu pengertian kpd ku..bahawa dia cuba tetapi tak berdaya...Doktor juga membuat CT scan utk memastikan denggi tidak menyerang ke otaknya disebabkan dia lambat memberi rangsangan...

9/8/2010-Isnin

Keadaan seperti semalam..result CT scan menunjukan tiada serangan ke otak..cuma doktor memberitahu aku bahawa suami ku ada serangan jantung..ini mungkin disebabkan dia stress utk bangun...Ya Allah apa lagi yg boleh aku bantu suami ku..Doa,surah yasin dan solat hajat tidak putus2 aku baca...Alhamdullilah aku mempunyai keluarga yang sangat mengambil berat pasal kami,mereka mencadangkan memanggil ustaz dari darul syifa...Allah permudahkan urusan ku ustaz salim setuju dtg dan staff nurse mengizinkan perubatan di jlnkan walaupun selepas waktu melawat...Alhamdullilah syukur...


10/8/2010-Selasa..

Pagi2 akulah dan ank lelaki ku org yg pertama sampai..bila ku sampai dan bagi salam kpd nya terus dia buka mata besar..Alhamdullilah ada perubahan..tapi aku tidak mahu menganggunya kerana doktor suruh dia berehat tanpa di ganggu..so aku decide balik rumah je...ptg pun x de org dtg melawat


11/8/2010-Rabu

Hari ini pertama Ramadhan seperti biasa rutin ku pagi2 dah sampai dan malam baru balik...suamiku ada restless sikit dan terpaksa di ikat..Berdasarkan doktor selagi patient tidak memahami arahannya selagi itu di tidak bersedia untuk bangun....so hari ni aku decide balik awal utk berbuka puasa dgn ank2 ku dan adik beradik ku...


12/8/2010-Khamis

Suami ku mula menunjukan respond yang dia faham arahan doktor..doktor memberitahuku bahawa keesokan hari dia akan membuka tube ..aku memanjat kesyukuran kpd mu Ya Allah...

13/8/2010-Jumaat

Hari yg di tunggu ..waktu melawat aku masuk dan tengok suami ku telah sedar kembali..tetapi dia mengalami muntah dan batuk yang teruk...doktor sgt bimbang keadaan batuk akan menyebabkan paru2nya berair..doktor memberitahuku seandainya keadaan bertambah teruk suami ku kena di tidurkan balik...dan aku akur...


14/8/2010-Sabtu

Di tidurkan balik....seperti biasa rutinku menyapukan losyen ke badannya dan mengelapkan bdn dgn air2 penawar ,air yasin,air Zam..semoga Allah permudahkan urusan suami ku...Doktor memberitahu bahawa esok dia akan cuba buka balik tube...


15/8/2010-Ahad..

Hari yang penuh debaran kami sekeluarga...Suamiku telah sedar dari tidurnya yang lama..Alhamdullilah dia dah ok cuma lemah ...Tapi disebabkan sedatif yang byk..kelakuan dan perangainya menjadi x keruan..gembira dan sedih sgt..tapi nurse ada bgitau dlm2,3 hari lagi ok..firstly dia nak jumpa ank2nya..dan kakak ku membawa ank kami yg berusia 4thn utk berjumpa abahnya..di sebabkan prosedur hospital sg buluh amat ketat dan kanak2 bawah 12thn tdk di benarkan masuk susah ckit hndk masuk..tapi nurse membantu kami..Alhamdullilah..suka sgt jumpa ngan haziq dan umairah...Ramai kaum keluarga dtg..dan byk yg terkejut dgn perubahan nya...happy je...

16/8/2010-Isnin

Dah ok cuma lemah sb x boleh mkn n minum..doktor pantau..member office dtg dan dia sudah kembali normal pendiam seperti dulu....cuma ada part2 yang x berapa nak stabil..hehe


17/8/2010-Selasa

Hari ini birthday ku..Sesungguhnya ini lah hadiah yang terindah yang pernah aku dpt..Hadiah ini adalah hadiah dari Allah untuk ku..Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan permintaan ku..Ya Allah engkaulah Yang Maha Pemurah dan Maha pengasihani..Sesungguhnya Solatku,ibadahku,hidupku dan mati ku hanya lah utk mu.....jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada Para Doktor yang merawat suami ku dan juga para nurse yang menjaganya...jasa kalian amat besar ertinya semoga Allah membalasnya..dan semoga Allah merahmati anda semua....

18/8/2010-22/8/2010-Rabu-Ahad

Dah pindah ke ward 7d. selama 6 hari aku mnjadi warga Hospital sungai buluh..aku menemaninya..Alhamdullilah ank2 tinggal bersama kakak n adik2 ku di shah Alam..terima kasih kalian kerana begitu mengambil berat ....Di sini byk mengajar aku tentang kehidupan dan kematian...Terima kasih ya Allah ..sesungguhnya dugaan ini amat bermakna buatku dan suami....

23/8/2010

Dibenarkan keluar...x sabar nak balik ke rumah.........Terima kasih kami ucapkan kepada semua kaum keluarga,jiran2,sahabat handai dah semua kerana mendoakan kesejahteraan utk kami...semoga Allah memberkati kalian semua..Amin....

Alhamdullilah dapat menyambut hari raya bersama...Selamat Hari raya untuk semua.....



catatan dari,

hati seorg isteri..4/9/2010

No comments: